1. Kadang-kadang kita hebat, tetapi tidak berpeluang untuk ditemuduga. Sebabnya, resume kita kurang memberi kesan. Sekali tengok, sudah cukup menyampah!
2. Sewaktu negara dilanda kemelesetan ekonomi di sekitar tahun 80an, aku menghantar berkajang-kajang resume ke beberapa buah oraganisasi. Langsung tidak dilayan. Aku kehairanan.
3. Lantas aku meminjam wang ibuku, dan memohon restu untuk mencari kerja di Sabah. Hasratku tercapai. Lima orang kawan-kawanku ke Sabah, 2 di Kota Kinabalu - aku dan 2 lagi kawanku ke Labuan.
4. Temuduga hanya berlaku di atas feri dari Kota Kinabalu ke Labuan. Pelbagai persoalan diajukan, dan aku menjawab dengan penuh yakin. Aku diterima bekerja, dan jawatan pertamaku - Pengurus di sebuah syarikat komputer. Ada 13 orang pekerja di bawah seliaanku!
5. Kita mungkin terbaik, tetapi tidak menunjukkan yang diri kita adalah yang terbaik. Tunjukkan resume yang baik, supaya kaki dapat melangkah masuk ke organisasi yang kita minati dengan mudah. Langkah pertama dengan resume, dan langkah untuk mendapatkan resume yang terbaik adalah dengan ilmu.
Monday, February 28, 2011
Pelajar Cemerlang 2 - Tepati Masa
1. Zaman dahulu ketika aku pergi ke sekolah, aku terpaksa mengayuh basikal sejauh 6 atau 7 kilometer. Walaupun tidak sehebat Dr. Sidik Baba yang mengayuh lebih 30 km untuk ke sekolah, sedikit sebanyak penat jerih itu aku dapat rasainya.
2. Kadang-kadang sempat juga memberi lembu makan atau minum air garam, sempat juga beri ayam makan dedak, sempat mencari kutu di badan lembu dan sebagainya. Kasut sekolah basuh sendiri, dengan air perigi. Tengok TV di rumah jiran yang terletak kira-kira 1 kilometer.
3. Kepayahan hidup menjadikan aku cekal dan mampu berdikari. Mampu ke sekolah yang beratus kilometer seusia 15 tahun tanpa ditemani sanak saudara.
4. Kecekalan itulah yang menjayakan orang-orang terdahulu berbanding pelajar masa kini.
5. Sewaktu berada di kelas mandarin tadi, aku dan rakan seusiaku sahaja yang selalunya tiba sekurang-kurangnya awal 10 minit. Yang lainnya, paling awalpun, lewat 20 minit. Guru pula yang asyik menunggu. Guru pula yang bersungguh-sungguh. Betullah kata seorang ustaz sewaktu kuliah di masjid - zaman dulu anak murid bawa kitab, guru tak bawa apa-apa. Zaman sekarang guru bawa kitab, anak murid tak bawa apa-apa. Dunia dah terbalik.
6. Hormati guru dan masa adalah antara adab belajar. Jika kita menjaga hati guru, insyaAllah ilmu yang diterima akan menjadi mudah dan barakah. Payahkanlah diri kita walaupun tidak sepayah orang-orang terdahulu, walaupun sekelumit!

Sunday, February 27, 2011
ANAK MUDA
1. Pengalaman merantau di negara orang membolehkan aku memerhati dan menyumbang sedikit pendapat mengenai kebaikan beberapa perkara yang boleh dicontohi.
2. Sewaktu melalui Lebuhraya DUKE sebentar tadi, seperti biasa aku melihat pemuda-pemudi menjadi juru tol. Kadang-kadang bersimpati dengan mereka - bukan menghina.
3. Lebih baik bekerja daripada menganggur. Diulang, lebih baik bekerja daripada menganggur.
4. Di negara-negara Eropah dan Jepun, aku melihat juru tol terdiri daripada mereka yang tua-tua dan telah mencecah umur bersara. Selepas bersara, tenaga mereka berkurangan, tetapi masih boleh menyumbang kepada kemajuan dan kepesatan negara.
5. Ramai juga yang menjada kaunter di gedung-gedung membeli belah sebagaimana pengalaman aku di Jepun.
6. Anak-anak muda mereka bekerja di sektor yang memerlukan kudrat, idea dan segala-galanya yang anak muda boleh lakukan.
7. Harap-harap anak-anak muda bangsaku begitu hendaknya...

Friday, February 25, 2011
MENUDING JARI
1. Jalanraya sungguh sesak petang tadi. Dari jam 6 petang - Wisma Perkim ke IKIM mengambil masa 1 jam! Aku telah menggunakan pelbagai kaedah, akal fikiran dan akhirnya nekad untuk tersadai di Masjid Wilayah.
2. Rasa lega apabila dapat bersolat maghrib di situ.
3. Sewaktu di dalam kereta, terdengar rancangan Kerusi Panas di Bernama 24. Ceritanya pasal banjir hari sebelumnya di Jalan Tun Razak. Timbalan Pengarah (tak ingat namanya) memperkatakan tentang sistem amaran banjir melalui sms, internet dan sebagainya. DJ bertanya bertubi-tubi, tetapi tetamu dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini relaks sahaja. Tabik untuk beliau.
4. Pendengar, rata-ratanya marah kepada wakil JPS ini. Wakil ni selamba sahaja. Secara kesimpulannya pendengar marah kerana sistem amaran banjir tidak memberi manafaat jika masalah banjir tidak ditangani. Mangsa banjir tidak mahu banjir.
5. Akhirnya, seorang pendengar wanita menelefon dan mempersoalkan tentang manusia yang suka membuat banjir, seperti membuang sampah merata-rata, khususnya di dalam longkang.
6. Kita sering menuding jari ke arah penguatkuasa dan kerajaan, tetapi tidak menyalahkan diri sendiri (di dalam kebanyakan hal). Bukankah Allah pernah berfirman bahawa apa yang terjadi di dunia ini disebabkan oleh tangan-tangan kita sendiri. Jangan marah mereka, marah kita!

Wednesday, February 23, 2011
Pelajar Cemerlang I - Berbaik kepada guru
1. Bukan senang nak berjaya! Seorang pelajar yang cemerlang hendaklah berbuat baik dengan guru-gurunya. Buat baik di dalam kelas atau bilik darjah seperti melayannya iaitu menjawab apabila ditanya, diam apabila guru memberikan penerangannya - itu panduan daripada Imam Al-Ghazali.
2. Selalu-selalulah memadam papan putih tanpa disuruh-suruh. Pahalanya besar iaitu membantu guru serta membantu rakan-rakan sekelas.
3. Rajin-rajinlah angkat barang-barang kepunyaan guru-guru. Senangilah hati guru tersebut.
4. Bila guru buat lawak, ketawalah (setakat yang patut-patut), bersedihlah jika guru bersedih.
5. Beli hadiah apabila tiba masa dan sesuai. Jika mampu belanjalah guru makan.
6. Tapi jangan sampai berniat nak rasuah, atau tidak rasuah tapi nampak macam rasuah.

Tuesday, February 22, 2011
Road Tax Mati
| Cukai Jalan di Malaysia |
Kebiasaannya, tuan punya kenderaan bermotor akan mati lebih dahulu sebelum cukai jalannya mati. Kenapa? Sebab apabila cukai jalan mati, tuan punya kenderaan akan menghidupkannya semula. Tetapi apabila tuan punya kenderaan mati, siapa yang hidupkannya semula? Jawapannya adalah Allah swt yang akan menghidupkannya kembali.
Pekerjaan menghidupkan hambaNya amat mudah di sisi Allah. Tidak perlu Allah bersusah-susah. Allah berfirman 'Jadilah' maka jadilah apa sahaja yang dikehendakiNya.
Begitulah kehidupan kita. Pada setiap kali cukai jalan mati, pelbagai tekanan yang timbul - wang tak ada, tak cukup, member berhutang tak bayar-bayar dan sebagainya. Tetapi semua masalah itu selesai dan akhirnya cukai jalan dapat diperbaharui. Bukankah itu kerja Allah, mengatur alam dan menuntut hambanya bersyukur. Dengan mudahnya Allah menyelesaikan masalah kita itu.
Monday, February 21, 2011
Merancang
1. Petang tadi, anak perempuanku yang di dalam Tingkatan 3 merungut-rungut. Sudah lama dia merungut. Barangkali sudah lebih 3 bulan. Tidak lain dan tidak bukan mengenai pembelajaran beberapa subjek yang bakal ditukar dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu (Malaysia?).
2. Dia hairan kenapa perlu ditukar setelah bersusah payah sejak Tingkatan 1 cuba memahaminya. Sekarang dia dan semua rakan-rakannya di sekolah sudah biasa dengan penggunaan Bahasa Inggeris.
3. Setelah campurtangan pelbagai pihak secara emosi dan intelektual maka penggunaan bahasa tersebut akan ditukar.
4. Dahulu semasa awal tahun 1970an bahasa penghantar di sekolah ketika itu adalah Bahasa Melayu. Sebelum itu Bahasa Inggeris. Aku terpaksa bertungkus lumus mempelajarai semua subjek yang diajar di dalam Bahasa Inggeris ketika di ITM. Aku menyumpah seranah pemimpin yang telah menukar bahasa penghantar semasa aku di sekolah rendah. Sebabnya semua buku rujukan perakaunan adalah di dalam Bahasa Inggeris. Jika di'Melayu'kanpun akan bertambah pening kepala - penghutang, pemiutang, penyata penyesuaian bank, akru, prabayar, imbangan kewangan, kunci kira-kira (entah apa yang dikuncipun tak tahu) dan banyak lagi.
5. Kini, giliran anak aku pula. Anak-anak yang berusia 15 tahunpun hairan kerana keupayaan dan kebolehan mereka belum terbukti - tup-tup tukar polisi. Sewaktu di bawah kepimpinan Dr. Mahathir, semua pihak bersetuju. Sewaktu kepimpinan sekarang, pihak yang sama juga bersetuju. Pening.
6. Aku tidak suka dan tidak mahu mencampuri urusan mereka di parlimen. Aku tidak minat, tetapi buatlah kerja dengan perancangan yang teliti, buat kajian, buat perbandingan (dulu dan sekarang), buat percubaan, dapatkan feedback, setelah tempoh kajian dan percubaan selesai - buat post-moterm. Jangan belum sampai waktunya perkara yang dibuat habis begitu sahaja.
7. Pada dasarnya aku tidak bersetuju apabila dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Tetapi bila telah di'Inggeris'kan aku mahu ianya dikekalkan kerana aku mahu sesuatu dasar itu kekal biarpun Pak Menteri itu bertukar.
8. Satu lagi aku pening sangat-sangat -nak gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia kerana seumur hidup aku rasanya dah berbelas-belas kali 'servis bertukar tangan'.

Saturday, February 19, 2011
Buang Masa
1. Seperti biasa, apabila beratur untuk membayar tol pasti mengalami pengalaman ini.
2. Apabila pemandu perempuan di hadapan berada di tol, biasanya dia mengambil masa yang agak lama. Pada ketika itulah dia akan mencari-cari wangnya. Buka di sini, tutup di sana. Cari purse, cari, cari dan cari.Kita yang di belakang ni, menonong sahaja!
3. Sewaktu kita sama-sama beratur tadi, dia tidak melakukan aktiviti mencari. Di situ pula dia sibuk!
4. Sewaktu membuat bayaran di kaunter-kaunter pasaraya atau supermarket, fenomena yang sama juga berlaku. Masa itulah hendak buka ini, dan buka itu. Bukankah sewaktu cashier melakukan kerja-kerjanya, kita sudah boleh menganggarkan jumlah bayaran yang sepatutnya kita bayar.
5. Jika kita mementingkan orang lain, perkara ini tidak akan berlaku. Jadi, apa yang perlu dilakukan hanyalah bersedia untuk membayar supaya tidak menyusahkan orang lain.
2. Apabila pemandu perempuan di hadapan berada di tol, biasanya dia mengambil masa yang agak lama. Pada ketika itulah dia akan mencari-cari wangnya. Buka di sini, tutup di sana. Cari purse, cari, cari dan cari.Kita yang di belakang ni, menonong sahaja!
3. Sewaktu kita sama-sama beratur tadi, dia tidak melakukan aktiviti mencari. Di situ pula dia sibuk!
4. Sewaktu membuat bayaran di kaunter-kaunter pasaraya atau supermarket, fenomena yang sama juga berlaku. Masa itulah hendak buka ini, dan buka itu. Bukankah sewaktu cashier melakukan kerja-kerjanya, kita sudah boleh menganggarkan jumlah bayaran yang sepatutnya kita bayar.
5. Jika kita mementingkan orang lain, perkara ini tidak akan berlaku. Jadi, apa yang perlu dilakukan hanyalah bersedia untuk membayar supaya tidak menyusahkan orang lain.6. Memudahkan orang lain dan mengembirakan mereka pasti mendapat ganjaran daripadaNya.
Friday, February 18, 2011
Kalimah Pensyarah
Berikut adalah beberapa kalimah yang aku masih ingat, yang disampaikan oleh pensyarahku:
1. Ketika bilakah kita mementingkan diri sendiri? Ya, rata-rata ramai orang mementingkan dirinya sendiri di saat ini. Tidak ada sesiapapun yang menyangkal bahawa dia tidak mementingkan dirinya pada ktika itu. Percaya atau tidak, bahawa manusia mementingkan dirinya ketika melihat gambarnya yang diambil secara beramai-ramai.
2. Ketika itu, mata hanya tertumpu kepada dirinya sahaja - tidak menghiraukan gambar orang lain.
3. Waktu bilakah masyarakat kita begitu efisien? Jawapannya sewaktu di dalam lif. Sungguh efisien! Sewaktu pintu lif terbuka, ketika itulah kita menekan punat untuk menutupnya.

Thursday, February 17, 2011
teksi
1. Aku menaiki teksi dari Gua Musang ke Kota Bharu. Jarak perjalanan tidak sampai 200 km tetapi mengambil masa selama 3 jam. Kini berhenti di masjid untuk solat Jumaat.
2. Di sepanjang perjalanan tadi, Pak Lah dan saya menceritakan tentang kehidupan persekitaran kita, tentang iman dan Islam, tentang ilmu dan amal. Sungguh menarik!
3. Pak Lah berumur 63 tahun dan memandu teksi sejak berumur awal 20an. Beliau mempunyai 9 orang anak. 2 orang graduan universiti dan seorang masih menuntut di universiti. Punca pendapatannya hanyalah dari teksi sahaja.
4. Selama 4 dekad beliau mencari rezeki dan sela itulah menyalurkannya kepada keluarganya. Bayangkanlah pahala yang diterimanya dengan hasil usahanya itu. Kita juga akan menerima balasan yang baik jika niatnya juga baik. Subuh tadi, selepas solat beliau berdoa agar orang Islam menaiki teksinya, agar mudah dia bersolat Jumaat hari ini. Doanya Allah makbulkan.
5. Pak Lah berdoa agar beliau dapat mengerjakan haji tahun ini. Sudah 3 tahun berlalu beliau terasa teramat rindu ke Tanah Suci, tempat yang belum beliau pernah jejaki. Moga doanya ini dimakbulkan Allah swt.

Wednesday, February 16, 2011
Pemakaian Sneakers Ke Pejabat
1. Pemakaian sneakers ke tempat kerja merupakan satu fenomena biasa di negara-negara barat. Pengalaman saya ke German, United Kingdom, Belanda, Switzerland, malah ke negara Jepun, ianya merupakan lumrah bagi mereka.
2. Mereka memakai sneakers agar lebih selesa dan menyihatkan badan. Jika memakai kasut kulit sudah pasti kaki tidak selesa dan memberikan kesan jangkapanjang terhadap kaki dan tulang belakang.
3. Apabila tiba di pejabat, mereka menukar ke kasut yang lebih sempurna dan sesuai dengan kehendak organisasi tempat mereka bekerja. Lelaki akan memakai kasut kulitnya, dan wanita memakai kasut bertumit tinggi (ikut kesesuaian).
4. Mereka memakai kasut yang cantik-cantik di pejabat, salah satu sebabnya agar pelanggan tertarik dengan organisasi berkenaan.
5. Keadaaan di negara kita terbalik. Bila masuk ke pejabat-pejabat, apa yang kita saksikan wanita-wanita kita yang tadinya menaiki komuter dengan kasut tumit tingginya, berjalan sejauh tidak kurang 1 kilometer, memakai selipar di pejabat. Lelaki juga tidak kurang selekehnya apabila berselipar di pejabat.
6. Apabila membuat sesuatu pekerjaan itu, fikirkanlah tujuan dan matlamatnya; dan apakah faedah melaksanakan sesuatu perkara itu. Imej diri yang baik memberikan kesan yang baik terhadap diri, keluarga, organisasi dan negara.
Pahala berterusan
1. Seperti biasa aku bermain badminton setiap Selasa. Hari ini seorang rakan sepermainan mengadu sakit pinggang, terutamanya di bahagian punggungnya.
2. Mudah sahaja untuk mengatasi masalah itu! Wallet yang biasanya diletakkan di bahagian belakang poket hendaknya diletakkan di depan sahaja. Wallet yang tebal itu telah menekan satu urat saraf yang menyebabkan laluan darah terganggu.
3. Sakit ini akan lebih ketara semasa memandu kereta dan apabila wallet diletakkan di poket belakang.
4. Aku tahu perkara ini melalui seorang pakcik yang pakar di dalam bidang refleksologi. Dia telah menyampaikan ilmunya itu, dan aku sebarkan. InsyaAllah, setelah 2 minggu mengubah posisi wallet, sakit belakang semakin sembuh.
5. Mudah sahajakan. Pakcik tersebut mendapat pahala yang berterusan dengan ilmu yang beliau ada. InsyaAllah sehingga hari kiamat. Wallahualam.

Monday, February 14, 2011
Salawat untuk Rasulullah saw
1. Selawat dan salam untuk junjungan besar Rasulullah saw. Inilah sebenar-benar kekasih - iaitu kekasih Allah swt.
2. Pertama kali mengunjungi baginda berjurai airmata ini kerana mengenangkan pengorbanannya untuk menjadikan umat manusia umat yang sempurna. Malangnya masih ada yang tidak sudi menerimanya. Sewaktu hijrah baginda ke Taif, hanya kata-kata keji dan lontaran batu sahaja yang baginda terima. Baginda tidak berdendam sebaliknya mendoakan agar kesemua penduduknya memilih Islam.
3. Setiap hari, setiap waktu umat Islam datang beramai-ramai memberi salam serta menziarahi baginda kecuali ketika masjid Nabawi ditutup. Rasa sayu, sedih yang tidak dapat digambarkan dalam apa bentuk media sekalipun. Baginda sungguh mulia, dan tidak ada manusia lain yang setanding dengan baginda.
4. Ya Rasulullah, aku amat merinduimu. InsyaAllah aku akan menziarahimu lagi di Ramadhan ini.
5. Berilah syafaatmu di akhirat nanti. Kuingatimu di hari lahirmu ini, dan insyaAllah di sepanjang hayatku kerana jasamu tidak dapat langsung kubalas...

Saturday, February 12, 2011
Berdiri di luar masjid
1. Saya baru saja pulang dari masjid bagi mengerjakan solat zohor berjemaah. Solat amat dituntut di dalam Islam. Perkara itu membezakan kita dengan orang-orang kafir. Solat berjemaah juga amat dituntut. Rasulullah saw pernah bersabda agar rumah mereka yang tidak bersolat berjemaah dibakar. Namun, tidak sebuah rumahpun dibakar pada ketika itu. Barangkali Rasulullah saw mahu menekankan bahawa mereka yang tidak bersolah jemaah dikira seluruh harta bendanya tidak bernilai sama sekali. Mungkin.
2. Hari ini hari Ahad. Ada pengantin lelaki yang turut bersolat. Siap dengan baju melayu berwarna pink. Warna yang jarang orang lelaki memakainya. Di luar kelihatan beberapa buah kereta yang enjinnya masih hidup. Terdapat penumpang-penumpang yang masih menunggu di dalam kereta-kereta tersebut. Ada juga beberapa orang anak-anak muda yang berkeliaran di sekitar masjid, dan ada yang duduk. Mereka tidak solat berjemaah.
3. Pada saya amat rugi sekali. Kita dikira sombong dan tidak mensyukuri nikmat Allah kerana tidak mengendahkan panggilan Allah untuk ke masjid. Pernah juga saya terbaca hadis yang mengatakan bahawa tidak sempurna solat bagi mereka yang tidak berjemaah.
4. Apa salahnya, jika lalu di masjid, dengar azan lalu terus mengambil wuduk dan terus solat berjemaah. Susahkah? Bukankah itu yang membezakan antara Islam dan kafir. Bukankah kita seperti orang kafir jika tidak solat? Saya tidak boleh menuduh kerana itu adalah hak Allah untuk menghakiminya.
5. Kadang-kadang apabila ada upacara solat jenazah di masjid, saya lihat ramai orang yang berlegar-legar di luar masjid. Mereka ini tidak menghormati si mati yang mungkin terdiri daripada ibubapa mereka sendiri, saudara mara atau rakan taulan. Mereka sekadar datang tetapi tidak memberikan apa-apa manafaat kepada si mati.
6. Saya sedih. Kadang-kadang terlintas ingin menanyakan soalan 'bagaimana mengerjakan solat jenazah' kepada bakal pengantin sebelum ijab-qabul dijalankan. Biar tidak boleh jawab.
7. Apa yang kita lakukan hari ini, akan dibalas kelak. Jika kita malas solat ianya akan dituruti oleh orang yang kita sayangi. Jika kita tidak solat jenazah untuk ibubapa, anak-anak turut tidak solat untuk kita. Jika kita berbuat dosa, kelak kita menerima balasan yang setimpal.
8. Kita lupa bahawa mati tidak mengira usia. Ingatan Rasulullah saw terpakai untuk semua peringkat usia. Jangan ingat kelapa tua sahaja yang gugur dari tandannya, yang muda juga turut gugur. Cuma masa sahaja yang menentukan. Masa juga digenggaman Allah swt.

Hadapi Peperiksaan
1. Salah seorang anak buahku telah meminta nasihat - tips untuk menghadapi peperiksaan. Pada masa dan ketika ini, peperiksaan adalah topik perbincangan yang terlalu umum. Di mana-mana sahaja ibubapa dan guru-guru membincangkannya. Pada zaman dahulu, mungkin sekitar 20 tahun lalu, menghadapi peperiksaan bagai menghadapi hari-hari biasa sahaja. Tidak seperti sekarang ini. Kadang-kadang, ibubapa tidak ambil endah samada anak mereka periksa atau tidak. Yang penting bagi mereka adalah tiada dakwat merah di buku laporan. Sebat jawabnya.
2. Markah lulus adalah 50 daripada 100. Kurang 50, jawabnya merah! Jadi, pada ketika itu berlumba-lumbalah anak-anak mencapai sekurang-kurangnya markah 50. Itu standardnya. Sebab itulah pada ketika itu jarang kita mendengar Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (seakan-akan UPSR ketika ini), murid-murid memperolehi 5A. Yang hebatpun mendapat 3A2B - itupun dah buat kenduri kesyukuran 3 hari, 3 malam (sekadar melawak). 3A dah boleh masuk MRSM dan Sekolah Sains. Hebat tu!
3. Hebatnya anak-anak pada ketika itu sudah boleh berdikari. Boleh memasak, kukur kelapa, siang ikan dan ayam, dan macam-macam lagi. Setakat hidupkan api di dapur kayu dan giling rempah - kacang jer tu.
4. Persediaan menghadapi peperiksaan terbahagi kepada dua, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan. Sebelum peperiksaan termasuklah belajar awal, buat kerja rumah, taat ibubapa dan guru, bekerjasama, solat dan sebagainya. Manakala semasa peperiksaan pula adalah siapkan peralatan peperiksaan, datang awal ke dewan dan sebagainya. Semua ini ramai orang telah membincangkannya.
5. Apapun, yang paling penting bagi menghadapi peperiksaan adalah mengawal tekanan dan menyelesaikannya.
6. Berbalik kepada tekanan untuk mencapai markah 50, menjadikan murid-murid secara keseluruhannya tidak memperolehi markah 80 atau lebih. Tekanan merupakan faktor penting di dalam kejayaan seseorang. Tanpa tekanan, mungkin perjalanan hidup tiada ertinya. Bayangkan ya - jika kamu kerja atau tidak dapat gaji. Bos tidak boleh marah, tiada deadline, pelanggan tidak ambil kisah dan lain-lain. Itu semua antara tekanan dalam hidup.
7. Begitu juga tekanan sebelum dan semasa peperiksaan. Perlu baca banyak lagi bab, tidak faham walaupun peperiksaan sudah hampir, benci dengan guru dan pensyarah, berlaku kematian orang tersayang, pasangan kekasih buat hal, dan 1001 macam tekanan.
8. Semua tekanan ini berbeza antara satu sama lain. Selesaikannya atau kurangkan tekanan itu. Tahu masalah, cari alternatif penyelesaiannya, pilih alternatif terbaik, implemen, buat langkah-langkah pembetulan, dan ulang semula jika tidak berhasil (iaitu tahu masalah...).
9. Ingat, bila tekanan berlaku, kamu sepatutnya lebih tabah. Jadikan tekanan sebagai satu cabaran. Mendapat 50 markah atau ke atas, rotan tidak hinggap ke bontot.
10. Apa tekanan kamu - apa penyelesaiannya - apa yang kamu inginkan? Jika kamu boleh menjawab, dan menyelesaikan atau mengurangkan tekanan, insyaAllah anda bersedia untuk peperiksaan.
11. Ingat - DOA - USAHA - TAWAKKAL.

Friday, February 11, 2011
Anugerah
Aku sedang menyaksikan ramai rakan-rakan sekerja menerima pelbagai anugerah. Sesungguhnya anugerah dan hadiah yang diterima itu adalah hasil usaha mereka serta anak buah mereka. Juga ianya hasil usaha dan kesabaran pasangan dan ibubapa masing-masing. Tahniah untuk mereka semua.
Namun, semua usaha itu tidak akan menjadi kenyataan tanpa keredhaan Allah swt. Bagaimana untuk mendapat keredhaan Allah? Allah sayang semua hambanya, dan kasih kepada hambanya yang taat. Yang taat inilah yang mendapat tempat di sisi Allah. Sebagaimana di dalam Al Quran, Allah swt tidak memandang manusia itu dari segi fizalnya, tetapi darjah atau tahap ketaqwaan hamba tersebut. Mudahkah untuk dikasihi? Semua itu digariskan di dalam Al Quran dan disampaikan oleh Rasulullah saw. Untuk mencapai tahap dikasihi, paling mudah adalah membuat baik atau ikut apa yang Rasulullah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Ini semua boleh dilaksanakan kerana naluri dan sifat kejadian manusia mahukan perkara yang baik-baik.
Moga memperolehi anugerah terhebat, yang kita tidak layak, hanya rahmatNya sahaja - syurga Allah swt.

Thursday, February 10, 2011
Fikirkan semula
1. Sewaktu di sekolah rendah, saya dan rakan-rakan pada ketika itu dimomok-momokkan dengan penceritaan, sejarah dan maklumat yang mengelirukan. Kadang-kadang terbawa-bawa sehingga umur sudah hampir habis iaitu makin menuju ke liang lahat.
2. Di sekolah sekitar tahun 70an, diajar bahawa agama yang terawal di dunia adalah agama Hindu. Ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sejarawan dari Barat dengan 'bukti' yang mereka 'perolehi'. Benarkah begitu?
3. Baru-baru ini saya bertanya kepada rakan-rakan yang sebaya mengenai agama terawal di mukabumi Allah swt ini. Ramai yang masih kabur dan tidak seorangpun menjawab ISLAM! Pelikkan?
4. Pagi tadi seperti biasa membaca ayat-ayat suci Al-Quran saya mendapati bahawa nabi-nabi terdahulu juga menyembah Allah swt. Jadi, apakah agama nabi-nabi terdahulu? Adam, Idris, Noh, Hud, Salleh hinggalah ke Muhammad saw menyembah Allah swt. Bukankah Adam as adalah manusia pertama di mukabumi ini?
5. Carilah di mana-mana nas yang tersimpan dan kekal sehingga hari ini yang menyatakan Adam menyembah apa atau siapa? Hanya Al-Quran sahaja yang menjelaskan bahawa Adam menyembah Allah swt. Jadi, apakah agama Adam itu?
6. Adam as adalah seorang Islam. Ya, agama Islam. Yang membezakan antara Islam Adam dan Islam umat Muhammad saw adalah dari segi syariatnya sahaja. Dari segi aqidah sama sahaja. Syariat nabi-nabi terdahulu hanya sesuai untuk umat-umat pada ketika itu sahaja. Tetapi, syariat yang dibawakan oleh Muhammad saw untuk umatnya.
7. Jadi, apakah agama yang mula-mula di mukabumi ini?
2. Di sekolah sekitar tahun 70an, diajar bahawa agama yang terawal di dunia adalah agama Hindu. Ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sejarawan dari Barat dengan 'bukti' yang mereka 'perolehi'. Benarkah begitu?
3. Baru-baru ini saya bertanya kepada rakan-rakan yang sebaya mengenai agama terawal di mukabumi Allah swt ini. Ramai yang masih kabur dan tidak seorangpun menjawab ISLAM! Pelikkan?
4. Pagi tadi seperti biasa membaca ayat-ayat suci Al-Quran saya mendapati bahawa nabi-nabi terdahulu juga menyembah Allah swt. Jadi, apakah agama nabi-nabi terdahulu? Adam, Idris, Noh, Hud, Salleh hinggalah ke Muhammad saw menyembah Allah swt. Bukankah Adam as adalah manusia pertama di mukabumi ini?5. Carilah di mana-mana nas yang tersimpan dan kekal sehingga hari ini yang menyatakan Adam menyembah apa atau siapa? Hanya Al-Quran sahaja yang menjelaskan bahawa Adam menyembah Allah swt. Jadi, apakah agama Adam itu?
6. Adam as adalah seorang Islam. Ya, agama Islam. Yang membezakan antara Islam Adam dan Islam umat Muhammad saw adalah dari segi syariatnya sahaja. Dari segi aqidah sama sahaja. Syariat nabi-nabi terdahulu hanya sesuai untuk umat-umat pada ketika itu sahaja. Tetapi, syariat yang dibawakan oleh Muhammad saw untuk umatnya.
7. Jadi, apakah agama yang mula-mula di mukabumi ini?
Lengah Kerja
Situasi melengah-lengahkan kerja berlaku di mana-mana. Namun ianya bergantung kepada sikap dan tingkah-laku individu. Kadang-kadang ianya terjadi disebabkan oleh persekitaran bekerja itu sendiri. Tidak kurang juga disebabkan oleh sikap dan tingkah laku yang telah ditunjukkan oleh ibubapa masing-masing.
Di pejabat sering kita lihat individu yang selalu melengah-lengahkan kerja. Apabila pelanggan membuat tuntutan contohnya, kita sengaja melengah-lengahkan pembayarannya. Kadang-kadang tidak ada alasan untuk melengah-lengahkan pembayaran tersebut. di sinilah sikap memainkan peranannya.
Sikap ini amat tidak baik dan perlu dielakkan. Kenapa perlu kita lengahkan urusan tersebut? Bukankah Rasulullah saw pernah bersabda tentang merebut lima perkara sebelum datang yang lima? Antaranya masa lapang sebelum masa sibuk. Semasa kita lapanglah kita membuat tuntutan daripada pelanggan tersebut. Kelak, bila Allah swt menarik masa lapang tersebut, pasti kita akan mengalami stress atau tekanan membuat kerja di saat-saat akhir.
Saya pernah bekerja di syarikat yang mempunyai sumber dana yang terhad. Ketika itu, apabila pembekal meminta bayaran mereka, macam-macam yang kita tipu mereka - cek belum ditandatangani, bos belum masuk lagi dan sebagainya. Tetapi, apabila syarikat mempunyai wang yang cukup, kita pula yang lembap dan malas. Ubahlah sikap supaya menjadi insan yang bersyukur.
Jangan sampai Allah swt menarik nikmat yang telah diberikan selama ini. jika kita mengembirakan orang lain, nescaya Allah swt akan mengembirakan kita pula.
Buatlah kerja dengan ikhlas. Ingat satu sahaja - hari ni kita tak uruskan pembayaran tu, esok kena buat juga. Siapkan hari ni!

Wednesday, February 9, 2011
Kehidupan
Bermulalah kehidupan. Tiap yang bermula, pasti akan berakhir. Hari ini, ianya bermula. Blog yang hidup pada hari ini akan memulakan penceritaannya.
Entah bila akan berakhir...
Entah bila akan berakhir...
Subscribe to:
Comments (Atom)