1. Pengalaman merantau di negara orang membolehkan aku memerhati dan menyumbang sedikit pendapat mengenai kebaikan beberapa perkara yang boleh dicontohi.
2. Sewaktu melalui Lebuhraya DUKE sebentar tadi, seperti biasa aku melihat pemuda-pemudi menjadi juru tol. Kadang-kadang bersimpati dengan mereka - bukan menghina.
3. Lebih baik bekerja daripada menganggur. Diulang, lebih baik bekerja daripada menganggur.
4. Di negara-negara Eropah dan Jepun, aku melihat juru tol terdiri daripada mereka yang tua-tua dan telah mencecah umur bersara. Selepas bersara, tenaga mereka berkurangan, tetapi masih boleh menyumbang kepada kemajuan dan kepesatan negara.
5. Ramai juga yang menjada kaunter di gedung-gedung membeli belah sebagaimana pengalaman aku di Jepun.
6. Anak-anak muda mereka bekerja di sektor yang memerlukan kudrat, idea dan segala-galanya yang anak muda boleh lakukan.
7. Harap-harap anak-anak muda bangsaku begitu hendaknya...
Bab ni selalu sangat aku bincang dengan isteri. Tak perlu berfikir, duduk dengar lagu, ada aircond atau kipas, dan kalau ada lelaki perempuan bergurau tak tentu hala.
ReplyDelete