1. Pasti ramai yang pernah mengalami kunjungan orang-orang buta sewaktu menikmati hidangan di restoran-restoran. Semacam sindiket pula, seorang yang celik memimpin yang buta.
2. Dengan bermodalkan kertas tisu, kad penanda buku bertulisan braille atau kalendar. Kadang-kadang tekniknya sedikit berbeza, namun motifnya tetap sama - minta sedekah.
3. Sering kita melihat orang ramai enggan memberi derma dan tidak kurang menghina sama ada secara langsung atau tidak. Ada juga yang mengangkat kening atau menunjuk muka tidak puas hati selepas sibuta meninggalkan meja mereka.
4. Pandang dari sudut yang lain. Pertama, anggap mereka itu genuine iaitu memang memerlukan bantuan. Kedua, dalam banyak-banyak meja, dan dalam ramai-ramai orang, kitalah yang dihampirinya. Itu adalah peluang yang diberi oleh Allah. Maknanya dalam ramai-ramai, Allah hendak beri kita pahala!
5. Mulai hari ini jangan fikir panjang. Inilah salah satu perkara yang dapat membantu kita di akhirat selain doa anak yang soleh dan ilmu yang dimanafaatkan.
6. Nanti, bila sibuta datang ke meja kita - nak derma atau tidak?
Mungkin kadang2 terlalu banyak yang buta singgah ke meja menyebabkan semak dalam kepala. Buta bersama orang yang memimpin, buta menjual tisu, buta main musik, buat2 buta pun ada. Tapi ikut cara guru, persoalan hanya nak bagi atau tidak - bukan mencemuh atau marah atau halau. Pahala datang menyerah.
ReplyDelete