1. Petang tadi, anak perempuanku yang di dalam Tingkatan 3 merungut-rungut. Sudah lama dia merungut. Barangkali sudah lebih 3 bulan. Tidak lain dan tidak bukan mengenai pembelajaran beberapa subjek yang bakal ditukar dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu (Malaysia?).
2. Dia hairan kenapa perlu ditukar setelah bersusah payah sejak Tingkatan 1 cuba memahaminya. Sekarang dia dan semua rakan-rakannya di sekolah sudah biasa dengan penggunaan Bahasa Inggeris.
3. Setelah campurtangan pelbagai pihak secara emosi dan intelektual maka penggunaan bahasa tersebut akan ditukar.
4. Dahulu semasa awal tahun 1970an bahasa penghantar di sekolah ketika itu adalah Bahasa Melayu. Sebelum itu Bahasa Inggeris. Aku terpaksa bertungkus lumus mempelajarai semua subjek yang diajar di dalam Bahasa Inggeris ketika di ITM. Aku menyumpah seranah pemimpin yang telah menukar bahasa penghantar semasa aku di sekolah rendah. Sebabnya semua buku rujukan perakaunan adalah di dalam Bahasa Inggeris. Jika di'Melayu'kanpun akan bertambah pening kepala - penghutang, pemiutang, penyata penyesuaian bank, akru, prabayar, imbangan kewangan, kunci kira-kira (entah apa yang dikuncipun tak tahu) dan banyak lagi.
5. Kini, giliran anak aku pula. Anak-anak yang berusia 15 tahunpun hairan kerana keupayaan dan kebolehan mereka belum terbukti - tup-tup tukar polisi. Sewaktu di bawah kepimpinan Dr. Mahathir, semua pihak bersetuju. Sewaktu kepimpinan sekarang, pihak yang sama juga bersetuju. Pening.
6. Aku tidak suka dan tidak mahu mencampuri urusan mereka di parlimen. Aku tidak minat, tetapi buatlah kerja dengan perancangan yang teliti, buat kajian, buat perbandingan (dulu dan sekarang), buat percubaan, dapatkan feedback, setelah tempoh kajian dan percubaan selesai - buat post-moterm. Jangan belum sampai waktunya perkara yang dibuat habis begitu sahaja.
7. Pada dasarnya aku tidak bersetuju apabila dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Tetapi bila telah di'Inggeris'kan aku mahu ianya dikekalkan kerana aku mahu sesuatu dasar itu kekal biarpun Pak Menteri itu bertukar.
8. Satu lagi aku pening sangat-sangat -nak gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia kerana seumur hidup aku rasanya dah berbelas-belas kali 'servis bertukar tangan'.
One push one is same with zero. Correct
ReplyDelete